Isnin, 25 Februari 2013

Siti Sarah Sarat Mengandung Anak Ke-2


973fee1e5a6f11e2b95b22000a1fab39_7
Siapa tidak kenal dengan penyanyi yang suatu ketika dahulu terkenal menerusi lagu ‘Kesetiaan’ dan ‘Saat Hilang Cintamu’ iaitu Siti Sarah atau nama sebenarnya Siti Sarah binti Raisuddin.
Secara umumnya Sarah merupakan isteri kepada pelawak terkenal Shuib dan pasangan ini telah mendirikan rumah tangga sejak dua tahun lalu.
Untuk makluman, pada September tahun lalu Sarah dilaporkan telah hamil anak kedua dan kandungannya kini telah mencecah usia 6 bulan.
Baru-baru ini menerusi laman Instagram Shuib sendiri, pelawak tersebut telah berkongsi beberapa foto terbaru isterinya dan nampaknya Sarah masih lagi kuat dan gagah untuk melayan kerenah anak sulung mereka meskipun kandungannya telah semakin sarat.
Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga sejak 26 Februari 2011 yang lalu dan hasil perkongsian selama dua tahun mereka telah dikurniakan seorang putera sulung iaitu Uwais Alqarni.
Berikut kami paparkan beberapa foto terkini Sarah Raisuddin bersama keluarga bahagiannya. Jom layan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan