Jumaat, 11 Januari 2013

bukan dosa saya


Bukan Dosa Saya, 3Kali Pinangan Ditolak Kerana Status Anak Luar nikah
Bukan Dosa Saya, 3Kali Pinangan Ditolak Kerana Status Anak Luar nikah - TAIPING: “Tiga kali pinangan ditolak selepas keluarga calon isteri mendapat tahu status saya anak luar nikah atau anak tong sampah,” ujar seorang nelayan, Mohamad Abdullah, 35, dengan nada sedih.
Kebanyakan keluarga teman wanitanya menolak lamaran dengan alasan sinis tidak mahu keturunan atau cucu mereka nanti mewarisi darah daging anak zina.
Menurutnya dia tidak dapat menerima hakikat masih ramai masyarakat berpandangan sempit terhadap golongan sepertinya yang menjadi mangsa dosa silam kedua-dua orang tua.
“Saya tidak pernah minta dilahirkan sebagai anak haram, ibu yang berzina tapi hidup saya seolah-olah di sumpah laknat seumur hidup,” katanya.
Menurutnya, dia hanya mengetahui status sebagai anak luar nikah pada usia 16 tahun selepas perkara itu didedahkan ibu dan bapa angkat yang juga bapa saudaranya yang memeliharanya sejak kecil. – Webberita | Terkini

Akhirnya Si Gebu Menjadi Milik Fatin Liyana

         salam semua

DSC00377 575x1024 Akhirnya Si Gebu Menjadi Milik Fatin Liyana
Si Gebu mana pulak ni yang jadi milik Fatin Liyana? Haaaaaaaaaaaa tu anak kucing kelabu anak Bella vs Xaarel. Sepatutnya aku bagi anak Junior tapi malangnya anak kucing yang tu belum sihat jadi aku passing yang aktif dan gebu sekali pakej takde nama. Rasanya hari ni, FL dah kasi nama kat baby kecik ni tapi aku tak pandai ahhh nak eja. Berbelit lidah dibuatnya.
Bagusnya dia nih datang rumah tanpa mintak direction sekali perghhhhhhhhh dah kat tempat parking kereta aku. Menggelabah ayam jugak dibuatnya memandangkan rumah aku macam tongkang pecah tapi perempuan sesama perempuan nih mana nak kisah sangat. Tapi aku tengok dia selamba jek datang rumah takde komplen pape. Eceeee mesti nak jaga hati nih. Macih aten! Baidewey, agak kagum jugaklah sebabnya tak pernah ada kawan yang tahu masuk ke area rumah tanpa mintak hint pape.
DSC00376 1024x575 Akhirnya Si Gebu Menjadi Milik Fatin Liyana
Kemain hapi kan dapat bagi snack kat kucing – kucing yang manja ye dak? Kucing yang aku bela nih pantang kalau dengar bunyi plastik atau nampak aku makan mesti nak makan sekali. Kat tangan FL tu snack yang macam jajan untuk dorang kiranya kalau aku rasa nak dorang bermanja snack tu sebagai umpan. Sanggup tau dorang berdiri tinggi semata – mata nak makan. Tapi dua kali tengok macam nak bagi makan kat ikan pon ado. Hikhik
DSC00392 1024x575 Akhirnya Si Gebu Menjadi Milik Fatin Liyana
Socky memang mengada kalau dapat snack mesti makan laju-laju taknak bagi peluang kat kucing lain. Malam ni si gebu tu dah takde kat rumah mesti seronok dia dapat mama baru.
DSC00403 1024x575 Akhirnya Si Gebu Menjadi Milik Fatin Liyana
Tuuuuuuuuuu dia muka eksited dapat baby baru~
DSC00410 1024x575 Akhirnya Si Gebu Menjadi Milik Fatin Liyana
Gambar ni aku letak sebabnya masa jumpa tadi lama jugak aku pandang FL macam ada benda yang lain. Bila tengok dia senyum baru perasan ohhh dia dah tak pakai braces dahhhh. Patutlah makin cantik. Ecehhh puji lelebih takpe biar dia senyum sorang – sorang bila baca entri ni. Kahkahkah!
Apapun, terima kasih bebanyak sudi belanja makan kat Papparich tadi. Lupa dah berterima kasih ke belum tapi dalam ni boleh kira tak? *buat muka seposen. Eksited sangat sembang sampai lupa nak say thank u dear. Teringat time borak macam tengah baca blog dia sebijik sama dalam blog dengan kat luar.
P/s: Dalam banyak entri kat blog dia, aku paling suka entri How I Handle Those Haters. Banyak kali aku baca sampaikan borak dengan dia tadi boleh pulak teringat ‘‘part dalam entri tu time dia cakap boleh pekakkan telinga dan berangan ke lain masa kena marah dengan teruk”. Muka aku berkerut sekejap sambil tengok dia borak dan sambil tu cuba matchkan kata – kata orang yang cakap bila dia slowkan cara bercakap nampak dia gedik. Cara dia borak memang slow tapi bila kita kat sebelah walaupun dia borak slow tapi takde gedik pon? Hairan jugak sebab aku tak nampak tang mana gediknya?
Orang cakap bila ramai musuh maknanya kita selangkah ke depan untuk berjaya dan macam mana nak handle hater tu yang payah. Apa pun, nak mengadap hari mendatang ni banyak lagi dugaan dan semoga kita berdua lebih kuat dengan pesanan jaga baby tu elok-elok. Hikhik
dicopy dari penmerah.com