Rasulullah
sangat tegas dalam menjaga akhlak kerana ini juga soal akhirat.
“Baginda memiliki akhlak yang agung.”demikian maksud firman Allah. Ertinya
Allah juga kagum dan memuji keupayaan RasulNya dalam melayani Allah dan
hamba-hamba Allah, dengan sebaik-baik akhlak. Kita lihat 3 contoh yang
memperlihatkan agungnya akhlak Rasulullah s.a.w
PEMAAF
Ada
seorang wanita tua Yahudi yang selalu menyusahkan baginda di perjalanan
iaitu dengan menabur duri dan najis di jalan yang dilalui oleh Rasulullah
s.a.w apabila pergi berdakwah. Si tua itu sangat benci dengan Rasulullah
s.a.w. Tetapi suatu hari ketika dia sedang jatuh sakit, satu-satunya
orang yang datang menziarah beliau ialah Rasulullah s.a.w.
Alangkah pemaafnya baginda. Bukan sahaja diziarahi tetapi
dicarikan ubat hingga di atas akhlak yang luar biasa itu, perempuan tua
Yahudi itu akhirnya memeluk islam.
Ketika
baginda sedang berjalan memakai baju Arab Najran. Tiba-tiba seorang Arab
Badwi menarik baju itu dan minta diberikan baju itu kepadanya.
Hampir-hampir terluka leher Rasulullah kerana tarikan itu. Tetapi
baginda memaafkan si Badwi tersebut. Bahkan baju itu tadi
baginda buka dan dihadiahkan kepada si Badwi tadi.
KASIH SAYANG
Apabila
dua tiga hari Rasulullah s.a.w. tidak nampak salah seorang sahabatnya atau
tidak bertemu dengan mereka, nescaya akan ditanya dan dicari oleh baginda.
Baginda akan pergi menziarahi ke rumah sahabat tanpa rasa sombong dan
baginda makan,solat serta duduk bersama-sama dengan para sahabat.
Suatu hari ketika
sedang menikmati hidangan, datang seorang tua yang berkudis,hitam legam
kulitnya, buruk rupanya dan berair pula kudisnya dating meminta diberikan
makanan. Tanpa rasa jijik dan dengan penuh tawaddu’, Rasulullah s.a.w.
memegang tangan orang tua itu, dibawa ke sebelahnya untuk makan
bersama-sama. Masya Allah, agungnya akhlak dan peribadi Rasulullah s.a.w.
KUAT BERIBADAT
Perkara
ini sememangnya perkara akhirat. Namun pada sesetengah orang Islam telah
“diduniakan” juga, untuk mencari untung dunia.
Rasulullah
s.a.w telah menunjukkan ibadat yang terbaik dan terbanyak. Tetapi ingat,
hal itu bukan khusus untuknya sebagai nabi. Rasulullah s.a.w. memberikan
contoh ibadat untuk kita jejaki langkahnya. Rasulullah s.a.w solat sunat
terlalu banyak. Adakala semalaman tidak tidur hingga bengkak-bengkak kaki
baginda. Bererti beribu-ribu rakaat baginda dapat rukuk dan sujud untuk
Allah dalam menyatakan syukur dan kehambaan yang setinggi-tingginya.
AL QURAN BERGERAK
Rasulullah banyak
berpuasa,iaitu sehari puasa,sehari pula makan. Begitulah digilir-gilirkan.
Tentang zikir, bukan sahaja waktu jaga, dalam tidur juga baginda berzikir.
Baginda adalah “al-Quran bergerak”. Ertinya, al-Quran bukan sahaja dihafal
malah dijadikan panduan seluruh hidupnya. Melihat kepada ciri-ciri ini,benarlah
dia Nabi kekasih Allah yang sangat cintakan Allah dan akhirat.
Hatinya tidak
terpaut sedikit pun pada dunia. Maka marilah kita letakkan kasih dan rindu
padanya. ini adalah kerana terlalu besar jasanya kepada kita seluruh umat
manusia.Marilah kita perbanyakan selawat ke atas Baginda S.A.W. .
|